Wednesday, November 7, 2012

Parasit!


 wartawan PARASIT!!!

Bismillah...

P.A.R.A.S.I.T : tumbuhan atau haiwan yg hidup pd tumbuhan atau haiwan lain dan mendapat makanan serta perlindungan daripadanya, di samping memudaratkan haiwan atau tumbuhan yg ditumpanginya; 
ATAU orang yg tidak berguna yg menumpang hidup pd orang lain ATAU penyakit kulit ~ kamus dewan


HAH! apa kes tetiba jadi cikgu bahasa melayu nih...heeeee..bukan dah btukar keje tp saje nak kongsi apa makna parasit tu sebab baru-baru ini aku terkena tempias ler disebabkan perkataan yang tak berapa sesuai dengan haku...tapi sebelum bercerita lanjut aku bagi la muqaddimah dulu..thrilllll ler cikit kan...:)




DSAI 

 sape tak kenal dengan jejaka idaman malaya ni kan...walaupun haku tak pernah berskandal dengan beliau tetapi aku memang tau sangat beliau ini memang tidak suka 'bercinta' dengan insan bergelar  wartawan..aku ulang sekali lagi beliau memang tak suka wartawan!!! walaupun aku tak pernah kena maki atau kena hambat dengan beliau ketika sidang akhbar kerana beliau sangat anti dengan bos aku  namun banyak aku dengar cerita pasal dia suka sangat memperlekehkan dan memaki wartawan lemah lembut seperti ku ni....cewahhhhh:)..tp jgn kata aku hanti kat dia sebab aku keje kat bos aku ok sebab ini tak dek kena mengena pun...aku suka je DSAI ni tapi tu la mcm aku cakap tadi dia yang tak suka aku..ahaksssss:)

                                                               


AMMAR dot dot dot..(ntah hape namanya..tak hengat)

AHAH! ni kes yang paling melekat dekat ingatan aku pasal retis yang tak berapa nak suka wartawan.dia ni yang aku tau buah hati pengarang jantung pelakon comel nama Sarah (kalau tak silap aku). Dek kerana mulut badan binasa.aku malas nak citer apa kes nya sebab aku tak berapa nak minat sangat pasal gosip jadi nak tau lebih lanjut boleh baca di burung murai la kan sebab maklumat lebih jelas..tapi yang penting kes nya adalah mengutuk kerja jurugambar dan wartawan alkisahnya budak ni. gitu la kan retis bila nak masuk paper cari lah reporter dan jurugambar pastu bila dah glemer cikit lupa plak jasa baik dua jenis pekerjaan itu.nasibbbb badannnnnn:)



ANZALNAK VS NEELOPAK

Haaaaaaaaa mari2 bergosip lagi..meh cik peah, cik leha, cik maria, cik tipah meh sini nak habaq mai ni...(ala2 Melodi gitu)...ni yang paling terbaru...nampak macam tak dek kaitan dengan reporter kan tapi no no no no no...ini isu pun aku malas nak cerita sebab boleh baca kat abang budiey ok (dia lagi taiko dalam bab2 retis nih:)..tapi yang peningnya aku ada terbaca kat mana ntah, yang katanya salah seorang daripada mereka berkata bahawa kejadian ini berpunca daripada insiden OFF RECORD dalam satu temubual dengan seorang wartawan hiburan (bukan bos aku) ok. katanya wartawan itu telah di amanah agar tidak menyiarkan kenyataan yang dibuat tentang perkara yang dikatakan fitnah itu tetapi wartawan itu sudah siarkan...wartawan jugak yang kena kan...tp pastu plak wartawan berkaitan ada buat kenyataan yang dia  menafikannya..sudahnya ini lah jadinya kes saman menyaman ala2 polis trafik dan jpj tetapi wartawan terbabit tak disabitkan lah.

Hah yang tak sedapnya wartawan kena lagi...macam mano tu...tapi wartawan tu pun satu hal, kalau dah off record jangan la gatal tangan nak tulis kan...pastu retis ni pun kalau dah tau nak off record tak payah lah gatai mulut pi cerita...adohhh ni la masalah retis sekarang..(best pulak bergosip ni kan:) gitu la ceritanya..susah sebenarnya nak jadi wartawan ni sebab keje suka busy body hal orang tapi kalau salah langkah kena balik kelepek atas muka sendiri kan...


Selain retis, ada gak public figure yg lain tak berapa nak berkenan kt reporter ni..haa ni salah seorang nya...





print scree twitter peter butler (bekas coach Terengganu)

itu dia statement maut kan..figura sukan pun xsuka gok dgn wartawan nih...hohohoh...ramai sungguh golongan yang tidak gemar dengan para pekerja ini,...




hah yang ni plak orang kebanyakan yang juga tak suka kan wartawan...hahaha..dahsyat keje wartawan ni sbb jadi bahan kat facebook jugak...gitu lah kan manusia ni...sume nya tak betul yg betul diorg je kang...


Tapi aku tak dek pilihan setakat ini (setakat hari ini OK)...aku kena keje sebagai wartawan dulu sbb tak tau nak keje apo lagi...nak jd cikgu mcm tak sesuai dgn aku yg ganasssss ni...tp aku igt aku nk ending hidup aku dgn jd peniaga kot..eh peniaga?tak nakkkkkk bagi nama kelaaaaassss ckit uooollllssss... usahawanita  ok kot? kelaaaaaaassss gitewwwww....hehehhee


Kalau ada gak yg panggil aku usahawanita PARASIT tak tau la aku...mmg bongoks la org itew kan....ahaksssss.....selamat berjuang ye puan siti untuk menjadi usahawanita..:)




p/s - Parasit tu adik beradik dengan pelesit ke? makcik Siti tak pernah jumpa lagi dua2 benda alah ni...mintak jauh la kot...





4 gatal jari:

anna alaui said...

takleh nk wat apa dah...wartawan sering dianggap jahat..walaupun bkn semua yg mcm tu..
wartawan = suka mensensasikan berita...:P

jom yu kite jadi usahawanita..ana ada bisnes under planning...

nurulain said...

hahahhahaha

NanyFadhly said...

Thanks Mak cik Siti singgah my blog. ;). Kerja apa pun..biarlah niat kerana Allah swt. InshaAllah..semua nya pasti mendapat barakah dunia dan akhirat.

Airunnisa Alaui said...

betul2 nany...kita je tahu keje kita tu diberkati atau sebaliknya kan...yang penting yang halal mesti dicari:)

Post a Comment