Wednesday, October 5, 2011
mim alif kaf ya...
Posted by
Airunnisa Alaui
at
4:49 PM
Assalamualaikum...
Entry kali ini aku tujukan khas utk diri aku yg suka sgt maki org (dalam hati pun kira maki gak kan) dan juga kepada insan2 yg telah, pernah dan akan maki org...
Hah haaa kalo jwb tak pernah buat tu mmg tipu semata-mata ( sambil jari telunjuk bergoyang2 dengan mulut muncung berkata no no no).
Ada org kata kalo maki btempat its ok tp aku nk tnya korg ada ke maki yg tak btempat? Sudah pasti jawapan dr mulut muncung ckp mustilah ada ( tp dlm hati sah ckp tak deknya. KONFEREM!)
Mana ada maki yg btempat sbb awal2 lagi Allah dan Rasulullah dah pesan kan: Baca nih...
Perbuatan mencaci maki atau menyakiti seseorang muslim adalah dilarang dalam Islam kerana boleh menjejaskan nama baik dan maruah orang.
Firman Allah SWT :
"Orang-orang yang menyakiti mukmin lelaki dan mukmin wanita dengan sesuatu yang tidak dibuatnya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan yang besar dan dosa yang nyata."
(Al-Ahzab : 58)
Rasulullah SAW bersabda :
"Tidak patut seseorang sahabat baik mengutuk (sahabatnya)."
(HR.Muslim dari Abu Hurairah)
Fuhh! Memang kelepek la atas muka kan bila baca ayat quran dan hadis Nabi s.a.w tu kan...apa lagi yg di sanggah..mmg sah kita termasuk golongan itu kalo kita suka sgt maki org kan wpun apa yg ko nk maki tu mmg benar dan tiada yg lebih benar melainkan benar2 belaka...
Masalahnya kita ada hari kita rasa nak maki je org yg bangang lagi membangangkan (maki lagi nih) yg slalu sgt wat kita rasa laju je mulut nak maki kan...so mcm mana caranya kt nak hadapi masalah ini.
Ini dia tips berguna kalau korg berada dalam situasi ini :
'Katakan kepada diri sendiri, bahwa orang yang melakukan penganiayaan kepada anda adalah orang yang tidak mengerti. Sehingga pada saat kita teraniaya tentu kita akan bersabar seraya berdoa. “ya Allah ampunilah mereka, karena mereka melakukan semua ini karena kebodohan mereka”...'
Kalau korg mampu buat mcm tu nescaya tak dek nya nak maki org sesuka hati walaupun seharusnya mereka terima makian korg tu ok!
Cukup dulu k psl maki ni.kang panjang2 ada plak yg maki aku...
p/s - Makcik baru je 'ter' sumpah/maki kawan makcik yg pinjam payung makcik pastu tak bg tau...bukan apa makcik maki dia, sbb time tu hujan ribut angin taupan melanda kan pastu lak time tu nk guna payung time tu gak payung takdek...jadi makcik syak org dalam la curi payung free makcik tu..alih2 kawan makcik yg hensem lg macho pinjam kejap..hahaha...sori ye kawan dah termaki + tersumpah kena panah petir (twink2)...
Monday, July 4, 2011
Politik vs AKU
Posted by
Airunnisa Alaui
at
5:44 PM
Naik darah! setiap kali aku kena cover ceramah politik mesti darah aku naik. kalo tak psl kutuk-mengutuk antara parti mesti sbb aku kena sound secara ' berhemah' dgn org2 taksub dgn parti nih..tak kira la umno ke pas ke pkr ke dap..sume sama je lah..
Entah kenapa lah aku tak lahir dgn jiwa politik yg tinggi tak kira dalam parti, tmpt keje, rumahtangga ataupun diri sendiri. bagi aku politik ni buat perut aku lapar, mata aku mengantuk dan yg paling penting rasa sakit hati.
Tapi dlm islam, politik tidak dapat dipisahkan.zaman dahulu, nabi junjungan kita sangat kuat berpolitik tp bukan politik kotor mcm skrg ni. men redah je nk sebat, kutuk sapa pun.apa diorg igt diorg betui ka?!
Kalo aku tak jd wartawan cabuk mcm skrg ni konpom aku tak tahu betapa kotornya hati manusia disebabkan wang dan kuasa. nabi junjungan kita dulu ketika diberikan tawaran kekayaan dan wanita cantik dia menolak sekeras2nya kerana takut kepada Allah. tetapi politik skrg, kuasa, wang dan perempuan 1 asbab yg perlu ada utk memeriahkan politik.
Nak jadi cite, semalam aku pegi dgr ceramah 1 parti politik di Ladang, apa yg aku kagum, makcik pakcik berdudyun2 datang ke ceramah tu dgn membawa bekal mknn masing2. mungkin diorg dah tau lama la ceramah tu. konpom lpr perut, dahaga kalo nk tunggu tamat ceramah yg start kul 9 smpi 12 mlm itu.
Ada gak yg bawak tikar. tu mmg konpom yg dah biasa la tu dgr ceramah. aku rasa kagum sbb diorg ni mmg ada semangat juang politik yg tinggi. walupun da tua (stok atuk aku rehat kat umah) tp mereka smngat gile nk dgr ceramah.
Tp tu lah, semangat patriotisme diorg tu spoil la kalo ada org yg jenis suka nk menyaound org kan! PANASSSSSSS! siap suh aku tulis benda yg berfaedah (kutuk kerajaan) bg dia tu la yg bfaedah. sbb aku kn dr paper perdana.benda2 mcm tu la yg buat taik telinga aku cair. rs nk menjerit mcm hantu je smlm. aku kn buat keje aku sbb nk halalkan gaji aku. aku tulis apa yg benar je. ko tak yah ajar aku k.
Baru je nk resepek kat org2 ini tapi diorg tlh menyaoand aku. mmg salah kandang la bang. aku pun ada hari yg aku xsuka org tegur ada hari aku suka org sound2 aku nih. tp disebabkan aku pk aku ni tgh bekerja la aku hnya membulatkan mata ku spt sugar glider. tu kira aku abih marah ler tu. nk hempok pakai beg carlo rino( berlagak nih) tu kan takut rosak plak beg tu kan(padahal tkt aku yg kena hempuk..hehehe)...jadi aku amik kptsn blah je la dr situ dgn harapan agar aku masih menghormati mereka di bawah parti itu.
tapi yg paling sedih, asam aku beli kira2 harga rm5 tertinggal la plak. sunguh hampeh la mlm itu..bila balik plak kete kena blok jd tpaksa la tungu smpi abih ceramah itu...
Gitula nasib wartawan cabuk mcm aku nih...buat salah tak buat pun salah...pah guane?
p/s - makcik siti ingat lagi, ketika kecil nenek makcik pernah amik bendera PAS wat alas meja bulat meja rehat kt depan umah..dia kata lambang bulat kt bendera tu sama saiz dgn meja rehat yg dia buat....bnyk kegunaannya kan:)
Monday, May 9, 2011
Monday, April 4, 2011
lunyai sudaaaa...
Posted by
Airunnisa Alaui
at
7:20 PM
salam semua rakan2 blog...walaupun..hehehe...ada ke rakan2 blog aku ni?
apapun ari ni aku nak tulis tajuknya adalah LUNYAI...
sapa kata aku tak ble keje jauh dr org tchenta? ble je tp lunyai perkataan tbaik aku blh describe utk diri aku bila kn duk jauh2 ni...
gila tak lunyai! bulan ni aku kena keje 11 hari terus semata2 utk aku kumpul off nak cuti 3 hari je...tu tak masuk lg pas cuti 3 ari ni aku kena keje plak seminggu tanpa cuti sbb nak kumpul cuti 4 hari nnt...
nmpk mcm biasa tp Allah je yg tau letih sungguh badan ni...ku hulu ke hilir wat stori...yg tak cukup makan tu belum cakap lagi tambah lagi yg kena soung menyaound dr bos sbb stori hampeh...huh...
kalo boleh nak amik mc je ni tp pk2 balik kasihan pada rakan2 yg len yg keje mati2an sama mcm aku...jd blog ni la jd mangsa aku nk cerite...
tp bebaloi la sbb cuti ni dpt balik KL..ayahanda dan bonda aku pun br pulang umrah...best ar sbb mesti bnyk ole2 utk aku nih...bergaya sakan lagi ler...:)
kla kengkawang, aku sudah mahu pulang ni..besiap mnymbut ketibaan si suami ku...org kata kalo nak suami sayang kena sambut kepulangan nya dgn wangi2an dan senyuman manis..jadi apa lagi...hehehe...
utk kwn2, aku cuti 3 hari je...nnt ktjmpa lagi k...
p/s - ketika ini, makcik siti menaip sambil terbayang2 wajah suami terchenta yg tgh drive dr KL ke Ganung nih...save journey my dear...
Monday, March 28, 2011
Lelaki ini...
Posted by
Airunnisa Alaui
at
4:31 PM
KING!...sambil buku limanya digengam erat kemudian di tumbuk2 ke dada beberapa kali dan diselangi dengan memek muka penuh bangga sambil senyum lebar sehingga menampakkan giginya yang sedikit terkeluar...lelaki itu gemar sekali meniru trademark sebuah cerita komedi yang dilakonkan oleh saiful Apek (kalau tak silap aku ler)...
Setiap kali mengingatkan aksi lelaki itu pasti aku gelak sakan..bukan aku tp semua yg tgk aksi ini...rambutnya yg sedikit kerinting..botak sikit di depan, tidak panjang mana tp mencecah sikit di bahunya membuatkan aksi itu bertambah lucu bila diulang berkali2...
Bukan dengan aku tp dgn bapak aku pun dia boleh buat lawak gile2 sehingga bapak aku pun akan gelak sakan walaupun 1 masa dulu bapak aku tu dia panggil sarjan misai kerana terlampau garang...
Cakap je apa yg tak pernah singah kt badan lelaki itu...henger, tali pinggang, rotan, kayu, buku, papan rehal, helmet..paling tidak pun tangan pasti hingap di badan lelaki itu kalo datang hangin kus2 bapak aku...
Lelaki itu bukannya degil sgt tp nakalnya tidak btempat( tgh serius pun dia ble main) mmg konfom la naik darah bapak aku...
Pernah satu ketika, kerana terlalu takut dimarahi, lelaki itu mengajak aku menyorok di bawah timbunan kain untuk mengelakkan dipukul oleh bapak kerana matahari sudah terik namun kami masih belum mandi2 lagi...hari cuti la katakan...bapak aku ni mmg disiplinnya tinggi...polis daaa...mandi lmbt pun bising...
Tu belum bab2 yg malas semayang, malas mengaji, dpt result exam merah2 je sume...mmg makan rotan la...paling skit pun mmg tak dpt la tgk tv sbb kena kurung dlm bilik...punya la diktator bapak aku nih...
Kembali balik pada cerita asal menyorok dlm timbunan kain tu, menyorok bukan main la aku dgn lelaki itu, last2 bapak aku ble kesan gak port baru lelaki itu cdngkan kami meyorok...gara2 sehelai kain pelikat yg kami tutup badan tu miliknya...hahahha (gelak smbil ada air di sisi2 mataku)...bayangkan mcm mana kami lari kelam kelibut sebelum sempat ditahan oleh sarjan misai itu dan kemudiannya dilokapkan...
Itu belum masuk bab cerita kami adik beradik dan lelaki itu menyorok bwh jambatan sbb malas nak pegi ngaji...punya malas lelaki itu nk g ngaji..katanya: "Ala malas nak g ngaji,ko xpela pandai ngaji aku ni asyik kena marah je"...tu la antara alasan lelaki ini utk ponteng kelas mgaji.
Sehingga pada 1 hari tgh2 plan xnak pegi ngaji (ketika tu mmg dah otw nak g ngaji) dari jauh lelaki itu menjerit : " wei lari2...atuk (panggilan ustaz ngaja kami ngaji) datang...cepat wei nyorok"...aku yg tkejut terus lari menuruni bukit...adik2 ku yg lain sempat terjun dlm sungai dgn lelaki itu namun aku bernasib malang apabila kaki aku terlekat pula di celah kayu jmbatan usang tu...
Aduhhh...sakit tidak terkata...dr bwh jmbatan lelaki itu menjerit: " yu cepat yu terjun..nnt kantoi wei dgn atuk kt tak g ngaji"...aku pun terus terjun smbil menahan rasa sakit akibat sedikit luka di buku lali...
Namun suasana sunyi sepi tiba-tiba menjadi riuh rendah...bagai mahu pecah perut kami ketawa tergolek2 apabila rupa2nya 'atuk' yg kami sangka itu adalah seorang nenek berketurunan India.
Nenek yang terkejut dengan hilai tawa kami tercengang2 melihat kami di bawah jmbatan terguling2 ketawa sehingga tidak sedar baju masing2 sudah basah lenjun...
Begitulah nekadnya lelaki itu...sejak kecil sehingga dewasa dia pasti nekad utk melakukan sesuatu perkara biarpun perkara itu bakal menyusahkan hidupnya...
Lelaki itu tidak pernah kenal putus asa, dia seorang yg tabah malah sanggup bekorban apa sahaja...paling ketara sifatnya..dia berbeza dari lelaki lain yg aku pernah kenal...lelaki itu sgt menyayangi adik2nya...walau apa berlaku adik2nya menjadi senarai teratas di hatinya...
Lelaki itu...kini aku sgt merindui lelaki itu...30 tahun mengenalinya aku masih belum memahami malah aku gagal utk menyayanginya sepenuh hati aku...
Aku rindu nakalnya, pelukannya, nasihatnya dan semangatnya utk aku terus berjuang menjaga keluarga kami...
Ya Allah, Ya Tuhanku...aku bermohon kepadamu...aku benar2 ingin bertemu lelaki itu di akhirat kelak...Engkau makbulkan la doaku ini agar aku berpeluang menyayangi lelaki itu sepenuh hatiku...
Al-Fatihah utk lelaki itu...
p/s - Sepanjang makcik siti menulis ni air mata makcik siti sama lebat dgn hujan kat luar sana...moga2 dia aman di sana juga...
Saturday, March 26, 2011
wajah baru blog aku...
Posted by
Airunnisa Alaui
at
6:16 PM
Saturday, February 26, 2011
cuti lagi...
Posted by
Airunnisa Alaui
at
9:25 PM
Wednesday, February 23, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)