Monday, March 28, 2011

Lelaki ini...



KING!...sambil buku limanya digengam erat kemudian di tumbuk2 ke dada beberapa kali dan diselangi dengan memek muka penuh bangga sambil senyum lebar sehingga menampakkan giginya yang sedikit terkeluar...lelaki itu gemar sekali meniru trademark sebuah cerita komedi yang dilakonkan oleh saiful Apek (kalau tak silap aku ler)...

Setiap kali mengingatkan aksi lelaki itu pasti aku gelak sakan..bukan aku tp semua yg tgk aksi ini...rambutnya yg sedikit kerinting..botak sikit di depan, tidak panjang mana tp mencecah sikit di bahunya membuatkan aksi itu bertambah lucu bila diulang berkali2...

Bukan dengan aku tp dgn bapak aku pun dia boleh buat lawak gile2 sehingga bapak aku pun akan gelak sakan walaupun 1 masa dulu bapak aku tu dia panggil sarjan misai kerana terlampau garang...

Cakap je apa yg tak pernah singah kt badan lelaki itu...henger, tali pinggang, rotan, kayu, buku, papan rehal, helmet..paling tidak pun tangan pasti hingap di badan lelaki itu kalo datang hangin kus2 bapak aku...

Lelaki itu bukannya degil sgt tp nakalnya tidak btempat( tgh serius pun dia ble main) mmg konfom la naik darah bapak aku...

Pernah satu ketika, kerana terlalu takut dimarahi, lelaki itu mengajak aku menyorok di bawah timbunan kain untuk mengelakkan dipukul oleh bapak kerana matahari sudah terik namun kami masih belum mandi2 lagi...hari cuti la katakan...bapak aku ni mmg disiplinnya tinggi...polis daaa...mandi lmbt pun bising...

Tu belum bab2 yg malas semayang, malas mengaji, dpt result exam merah2 je sume...mmg makan rotan la...paling skit pun mmg tak dpt la tgk tv sbb kena kurung dlm bilik...punya la diktator bapak aku nih...

Kembali balik pada cerita asal menyorok dlm timbunan kain tu, menyorok bukan main la aku dgn lelaki itu, last2 bapak aku ble kesan gak port baru lelaki itu cdngkan kami meyorok...gara2 sehelai kain pelikat yg kami tutup badan tu miliknya...hahahha (gelak smbil ada air di sisi2 mataku)...bayangkan mcm mana kami lari kelam kelibut sebelum sempat ditahan oleh sarjan misai itu dan kemudiannya dilokapkan...

Itu belum masuk bab cerita kami adik beradik dan lelaki itu menyorok bwh jambatan sbb malas nak pegi ngaji...punya malas lelaki itu nk g ngaji..katanya: "Ala malas nak g ngaji,ko xpela pandai ngaji aku ni asyik kena marah je"...tu la antara alasan lelaki ini utk ponteng kelas mgaji.

Sehingga pada 1 hari tgh2 plan xnak pegi ngaji (ketika tu mmg dah otw nak g ngaji) dari jauh lelaki itu menjerit : " wei lari2...atuk (panggilan ustaz ngaja kami ngaji) datang...cepat wei nyorok"...aku yg tkejut terus lari menuruni bukit...adik2 ku yg lain sempat terjun dlm sungai dgn lelaki itu namun aku bernasib malang apabila kaki aku terlekat pula di celah kayu jmbatan usang tu...

Aduhhh...sakit tidak terkata...dr bwh jmbatan lelaki itu menjerit: " yu cepat yu terjun..nnt kantoi wei dgn atuk kt tak g ngaji"...aku pun terus terjun smbil menahan rasa sakit akibat sedikit luka di buku lali...

Namun suasana sunyi sepi tiba-tiba menjadi riuh rendah...bagai mahu pecah perut kami ketawa tergolek2 apabila rupa2nya 'atuk' yg kami sangka itu adalah seorang nenek berketurunan India.

Nenek yang terkejut dengan hilai tawa kami tercengang2 melihat kami di bawah jmbatan terguling2 ketawa sehingga tidak sedar baju masing2 sudah basah lenjun...

Begitulah nekadnya lelaki itu...sejak kecil sehingga dewasa dia pasti nekad utk melakukan sesuatu perkara biarpun perkara itu bakal menyusahkan hidupnya...

Lelaki itu tidak pernah kenal putus asa, dia seorang yg tabah malah sanggup bekorban apa sahaja...paling ketara sifatnya..dia berbeza dari lelaki lain yg aku pernah kenal...lelaki itu sgt menyayangi adik2nya...walau apa berlaku adik2nya menjadi senarai teratas di hatinya...

Lelaki itu...kini aku sgt merindui lelaki itu...30 tahun mengenalinya aku masih belum memahami malah aku gagal utk menyayanginya sepenuh hati aku...

Aku rindu nakalnya, pelukannya, nasihatnya dan semangatnya utk aku terus berjuang menjaga keluarga kami...

Ya Allah, Ya Tuhanku...aku bermohon kepadamu...aku benar2 ingin bertemu lelaki itu di akhirat kelak...Engkau makbulkan la doaku ini agar aku berpeluang menyayangi lelaki itu sepenuh hatiku...

Al-Fatihah utk lelaki itu...

p/s - Sepanjang makcik siti menulis ni air mata makcik siti sama lebat dgn hujan kat luar sana...moga2 dia aman di sana juga...

Saturday, March 26, 2011

wajah baru blog aku...


hari ni seorang rakan telah bantu aku utk wat template baru..fresh ckit la...mekasih kepada rakan itu...